Yellow Submarine, Fish Tales dan Barramundi

'Tidak cukup London' jika tidak ke Tower Bridge...aku tidak tahu samada aku ada melintasi zebra crossing Abbey Road semasa merayau-rayau di Kota London..berjalan kaki di Kota London tak rasa letih pun..seronok dengan keindahan senibina lama sesekali kami duduk rehat minum kopi...Abbey Road adalah sinonim dengan kumpulan muzik tersohor dunia, Beatles ..dan  filem 'Yellow Submarine' menjadi bahan rujukan aku untuk buat 10 video clips bagi Siri Animasi Flash pertama Malaysia 'Biru Sibijak Laut'...'Yellow Submarine' adalah filem animasi muzikal pertama yang menggunakan pendekatan 'Surrealism'..ya.. 'Surreal Animation' dengan teknik 'Limited Animation'.
Studio Indie(independent) kami 'Dunia Kecil' di Bentong bakal dikunjungi Pengarah Animasi Iklan yang berasal dari Australia..Steve Bristo akan bekerjasama menerbitkan siri kartun pertama bagi syarikat beliau Fat Lizard....akhirnya kami berjaya menerbitkan 10 video clips animasi melalui Siri berkenaan...Sekarang syarikat itu sudah bertukar nama menjadi Vision Animation dan menjadi Co-producer untuk siri-siri animasi antarabangsa...itu cerita 18 tahun dahulu...'Biru Sibijak Laut' bertukar menjadi 'Fish Tales' untuk pasaran antarabangsa.
Barramundi bukanlah nama saintifik....ia adalah gelaran bagi ikan Siakap oleh orang Australia...dan mempunyai sedara-mara di Eropah dengan panggilan 'Sea Bass'...juga di Amerika dengan gelaran 'Stripped Sea Bass'...tempat-tempat lain pun ada juga..aku memilih Barramundi sebab beliau boleh hidup di air tawar, payau dan masin..ia hanyalah metafora bagi perjalanan keilmuan manusia...painting akrilik atas kanvas bersaiz 3×3kaki diatas bertajuk 'Farewell'..diambil dari idea bunga dan pasu...lambang bagi sebuah pertemuan dan perpisahan...ada orang bertanya..'Itu gambar apa?..mana ikannya?..aku pun explain itu adalah gambar micro bagi organisma yang menjadi sumber kelangsungan hidup ikan-ikan di paya bakau..painting 'Farewell' ni ada 3 siri...2 lagi blom siap..aku sedang usahakan untuk dibuat sculpture gabungan teknik Seramik dan Glass...

Salam PANCARONA !



Comments

Popular Posts