TABIK HORMAT buat Lagenda

Selain dari main tin buat kereta sorong kelilìng jalan tanah merah di Felda Jengka 3..baling buah sentul atas pokok dengan kayu serta berkubang bermain bola atas padang bola pasir pantai di Mengabang Telipot..aktiviti 'indoor' aku adalah merakam dan menonton berulangkali filem-filem karya Seniman Agong ini, Tan Sri Dr. Zakaria Puteh.
Arwah Ayah aku adalah peminat tegar P.Ramlee....jika diadakan 'Pertandingan Nyanyi Suara P.Ramlee' pada ketika itu aku yakin dia pasti Juara..dia minat P.Ramlee sebab P.Ramlee pandai cakap omputih(fluently british accent) sebab P.Ramlee punya Azan sedap didengar..dengan semangat itu beliau berjaya ke University of Wellington dan University of Warwick..Al Fatihah.
Terima kasih kepada Tuan Marzuki Abdullah kerana berjaya menganjurkan pameran hebat ini..ia disertai oleh Living Legend Malaysia yang lain..tak sangka dapat bergambar dengan Dato Lat..Imuda..Gayour & kartunis Mie.
Dato Lat bercerita tentang Kumpulan Anak Alam..kumpulan seni yang 'rebèl' ketika era 70an..tapak Galeri ASWARA adalah tapak asal rumah banglo yang menjadi 'port' mereka..
'Saya tak pandai tulis atau baca puisi tapi saya sering ke sini' kata beliau..'Saya sedang usahakan 'Mat Som II' iaitu pengalaman saya interview P.Ramlee semasa saya jadi wartawan dahulu.' sambung beliau lagi...'Masa tu P.Ramlee sudah 'down',interview pun di Kedai Kopi jer' semakin menarik ucapan perasmian beliau.
Aku pula mula bermimpi untuk membawa pameran ini ke Kota 'Cottonopolis' Manchester..

Adios !


Comments

Popular Posts