Meneroka dunia 'Abstract Expressionism'
Malam itu aku dijemput untuk menghadiri Majlis Harijadi orang kampung di Shah Alam...'private party' kata omputih..sebuah meja bulat boleh muat 7-10 orang dipenuhi oleh professional VVIP...ada diantaranya aku kenal..uishh!!..itu aku kenal tu..aku terus melayan Kueh Teow goreng dengan Teh Tarik di satu sudut lain dibawah canopy..tak lama kemudian sosok yang aku kenal tadi sedang menggulung rokok di satu sudut lain..bila masa di berjalan ke situ?..apa lagi..aku pun melepak la dengan beliau..
Tidak ada bunyi muzik keroncong disitu..'Susah berborak dengan diorang..cerita pasal main golf..kita mana boleh masuk' kata beliau memecah katabual...aku perkenalkan diri aku..seorang animator yang kena buat 15 painting untuk Group Exhibition Galeri Shah Alam dan ada mengikuti perkembangan seni beliau....'Seniman juga ni..uishh..banyak 15 tu..' kata beliau lagi...'Orang cakap alaa..apa laa..lukisan conteng-conteng..memang la conteng-conteng tapi pemikiran tu yang penting..pemikiran disebalik tu' tambah beliau lagi...aku tak tanya apa-apa pun...mungkin beliau seorang peramah atau kerjaya sebagai pensyarah di ITM dulu yang membuatkan beliau bercerita tanpa henti.
Aku bertanya kepada beliau tentang kepentingan mengambil insuran lukisan..'Tak perlu..kalau painting aku dicuri dan dibawa lari ke kuantan aku masih boleh tahu itu stroke aku' kata beliau...'tapi kebanyakan collector mengambil insuran' tanya aku...'Alaa..kita kan pelukis apa yang nak takut..tuhan kan ada..kita orang islam..' terang beliau lagi...'bukan senang nak jual painting ni..ko tahu tak siapa yang beli painting aku..?' katabual ini aku terpaksa rahsiakan..kami sambung dengan pelbagai cerita lain.
'Bulan 6 nanti aku nak ke Madrid..ada show kat sana..15 painting terbaru aku tajuk 'Bandera'..sama la macam Bendera tu..tiket dah beli..ko tahu berapa harga tiket..RM6000..bukan selalu dapat peluang ni..ini bukan JDT lawan Pahang..' dari cerita show beliau di Galeri tiba-tiba cerita pasal game bola 'El Classico'..bila ditanya tentang pasukan bola Liga Inggeris beliau lebih kurang macam aku 'lalang'..
''SEGERAK' ni adalah perkara yang berlaku serentak..ia berlaku dalam satu masa di semua tempat..ada orang ditembak di Kuala Lumpur dan ia berlaku di Tokyo..di New York"..itu penerangan ringkas beliau tentang pemikiran series 'SEGERAK' beliau...'Nanti ko datang kat Galeri aku..ada Show dari Italy'..pelawa beliau dan aku tak berkesempatan berziarah.
'Saya nak panggil apa ni..Prof Usop ke Pak Usop..? punya la lama bersembang baru aku tanya soalan tu...'Eh..Prof. tu akademik sangat..Pak Usop jer la..kalau Datuk lagi kelakor..' kami pun ketawa..itulah ketawa berjemaah kami malam tu..'Ko jangan pegi jauh-jauh..pegi Singapore jer..jangan pegi Indonesia..aritu aku tengok art video tentang bola takraw..movement bola dalam gelap..fuhh..aku rasa aku dah tak boleh buat..bukan masa aku dah untuk explore tu..'..maka misi aku akan datang adalah ke Muzium Seni Singapura.
Baru-baru ni aku berjaya buat painting 'Abstract Expressionism' aku yang pertama..ia berdasarkan pada situasi 3 orang yang sedang bermain gitar...lemas dan tenggelam dalam irama lagu keroncong..lagu keroncong pertama aku dengar adalah 'Keroncong Kuala Lumpur'...kemudian..'Singapura Waktu Malam'..'Alunan Biola'..itu pengaruh P.Ramlee..kemudian 'Uda dan Dara'...kalau moden punya 'Keroncong Untuk Ana' & 'Keroncong Hujan'..

Salam PANCARONA !
Comments
Post a Comment