Dari 'FANTASIA' ke 'PUTIH' akhirnya menjadi 'PANCARONA'

'Toccata and Fugúe in D minor, BWV 565' adalah nota muzik organ yang ditulis oleh komposer Johann Sebastian Bach pada tahun 1704 di Jerman. Ia disusun semula oleh Leopold Stokowski dan Philadelphia Orchestra untuk Walt Disney dalam salah satu segmen filem FANTASIA 1940..filem eksperimental ini menggunakan pendekatan 'Abstract Animation'...apa kaitannya dengan brader berjanggut putih diatas..beliau adalah orang yang bertanggungjawab memberi peluang pada aku untuk mengharungi dunia seni ini...terima kasih daun keladi.
Aku mendapat peluang yang aku impikan..bikin filem Animasi..
'Siapa nak buat filem animasi?' Kata boss empunya syarikat animasi. Aku tengok kiri kanan di antara team produksi..semuanya senyap..apalagi..'Saya!' jawab aku bersemangat..semua mata memandang..'Syaratnya mesti dilakukan di luar waktu kerja..' balas boss itu lagi...maka bermulalah episod yang sangat panjang dalam hidup aku...dalam fikiran aku ia mesti 'Muzikal Animasi'..aku diberikan tugas sebagai ketua R&D untuk menentukan rupa filem itu..ia diputuskan oleh Penerbit untuk bikin filem berdasarkan cerita 'Bawang Merah Bawang Putih'.
Aku diberi jawatan sebagai Assistant for Special Project mewakili industri ke University Utara Malaysia bagi membangunkan teknologi 'Motion Capture' pada tahun 1998....seperti biasa aku dengan falsafah 'Hidup ini adalah REBEL' maka aku hanya berada dalam peringkat 1st Draft Pre Production kerana menarik diri dari syarikat sebelum naskah masuk produksi...projek diteruskan tanpa aku dan berjaya mendapat pengiktirafan Anugerah Khas Juri - Adaptasi pada Festival Filem Malaysia 16 di Palace of Golden Horses.
20 tahun kemudian..aku berjaya membuat painting Abstract aku yang pertama...dan berjaya dipamerkan di Galeri Shah Alam bersama kumpulan 3S1A dengan tema 'PANCARONA'..nak cerita pasal 20 tahun tu panjang sangat...lain kali la pulak aku cerita..sekarang aku tengah sibuk nak buat series baru..ia berkaitan dengan visual dan muzik...ya..dari 'Abstract Animation' ke 'Abstract Expressionist'..

Salam PANCARONA !



Comments

Popular Posts