Hamba Seni
'Kita hamba kepada seni, dan bukan tuan kepada seni' - P.Ramlee
Kata-kata diatas aku kutip di dinding semasa menuruni tangga Stesen LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur. Pernah terdengar cerita tentang nasihat P.Ramlee kepada Jins Shamsuddin ketika Jins Shamsuddin mendapat peluang melanjutan pelajaran dalam bidang perfileman di kota London...
'Tak payah pergi sana..kita buat filem banyak-banyak kat sini"- P.Ramlee
Entah betul atau tidak statement beliau tu..aku pun tak tahu..namun beliau terus diraikan orang para seniman besar Asia di Festival- festival penting.
Bila ko dah tahap lejen(legenda) maka macam-macam mitos akan muncul.
Aku mulakan sketch budak perempuan menari ni di Kuantan dan mengakhirinya di Manchester..Ia adalah inspirasi dari Tarian Tualang Tiga dari cerita Sumpah Orang Minyak...
Cukup dulu untuk setakat ini...hari ini aku berjaya mem'blog' menggunakan Android Phone..tiada lagi Laptop atau Mesin Taip..
Sekian..aku nak pegi makan keropok dan Mee Calong di Taman Gelora.
Adios!
Comments
Post a Comment