Godard, Takahata dan Home Sweet Home

'Sometimes..you have to listen to the image and to look at the sound..' kata Jean Luc Godard..beliau adalah pelopor gerakan 'French New Wave' pada tahun 1960an..aku tidak tahu dimana Godard berada ketika Disney mengumumkan bahawa FANTASIA 1940 adalah satu 'bentuk hiburan baru' dengan manifestasi 'tiga bentuk visual dan bunyi'
- yang mempunyai jalan cerita
- yang tidak mempunyai plot 
- yang wujud kerana kewujudannya
Selepas Perang Dunia II muncul satu lagi sekolah aliran pemikiran seni iaitu Sekolah Pemikiran Seni New York (School of New York). Aliran ini mula mencabar pemikiran lama Sekolah Pemikiran Seni Paris (School of Paris)..

Hayao Miyazaki mungkin akan terus menjadi Komik artist jika tidak dengan pengaruh Isao Takahata...dunia animasi aku berubah seketika ketika menyaksikan filem epik ' Grave of the Fireflies'...terima kasih pada 'zaman vcd jual tepi jalan'(library gelap aku...ia sebelum kemunculan internet dan dah tentu tiada Youtube)...
Painting ini diberi tajuk ' Home Sweet Home'..ia adalah 'homage' aku untuk filem dan lagu tersebut..anda boleh mendengar versi piring hitam di youtube dengan tajuk Amelita Galli-Gurci - Home Sweet Home.
Painting ini dihasilkan diatas kertas berukuran A2 dengan menggunakan  media Charcoal, Oil Pastel, Akrilik dan Watercolor...ini cubaan pertama aku untuk mixed media..sebenarnya media itu tak bercampur pun..ia tetap ada sempadan....macam sempadan laut dan sungai..

Salam PANCARONA !

Comments

Popular Posts