MANGA itu Komik..ANIME itu Animasi.

Musim itu Musim Bunga..'Spring' kata omputih..memang indah bumi inggeris ini..disetiap tepi jalan yang berumput akan ada bunga yang tumbuh..macam-macam warna..semak samun pun kelihatan cantik dan indah..patut la omputih tu lebih romantik sifatnyer..ye ke?
Gambar hiasan: 
1.Disekitar homestay di Kota London.
2.Alexandra Park Manchester.

Aku sampai hari dah gelap tak ingat pukul berapa..dalam Airport Gatwick tu aku rasa macam biasa jer..sejuk macam Airport lain-lain di dunia(rasa aku la)..tak lama lagi tiba giliran aku untuk diperiksa oleh imigresen omputih tu..
'Apa pekerjaan tuan?' (tanya imgresen I dalam bahasa mak dia)
'Animator' jawabku ringkas
'MANGA?'..tiba-tiba rakan beliau(Imigresen II) yang berdiri dibelakang beliau sejak tadi menyampuk.
'No..MANGA is from Japan' jawab aku dalam bahasa mak dia.
Imigresen II merasa malu sikit..sikit jer..dan berlalu ke laluan sebelah.
Lain kali jangan menyampuk..kan dah salah..MANGA itu Komik..ANIME itu Animasi..aku Animator masuk dalam kategori ANIME..agaknya omputih lebih suka membaca dari tengok TV..yer la..aku macam bersalah pulak menegur keras pertanyaan 'excited' beliau.
Semasa berhenti minum di RnR menuju ke Manchester baru aku rasa kesejukan sebenar bumi inggeris tu..sepupu aku suruh duduk dalam kereta sambil dipasangnya 'Heater'..hampir beku aku dibuatnya..fuhh!

Adios !

Comments

Popular Posts