Kesusasteraan, Seni Visual dan Kutub Khanah - Bahagian 1

 

         Aku mula kenal seni ‘pengucapan’ atau ‘menyebut dengan betul’ atau ‘cara sebutan’ atau ‘pronounciation’ kata omputih adalah bila mula mengenal A,B,C di sekolah Taman Didikan Kanak-kanak di Kampung Dong Raub Pahang. Tidak ada masalah untuk aku membaca dalam huruf rumi setelah lanjut ke Sekolah Rendah Dong. Setelah usia 7 tahun itu aku mula ‘mengaji’ dengan emak di rumah untuk mengenal Alif-Ba-Ta.Di tahun yang sama aku mula mengenal adanya kedudukan tertentu seseorang murid didalam kelasnya…ya..aku mendapat kedudukan ke-3 terbaik dalam kelas dan sebagai habuannya sekolah memberi hadiah sebuah Buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka terbitan tahun 1981. Antara buku itu dan buku cerita Robin Hood aku lebih suka memilih melukis di dinding rumah Wan (baca:nenek) bermain dengan kambing serta mengejar ayam kampung dan sesekali mandi di parit tepi paya (sawah padi).



Di seberang jalan sekolah Taman Didikan Kanak-kanak ada sebuah rumah kecil yang dipanggil Kutub Khanah. Ia telah lama wujud disitu.  Aku mula memahami kepentingan buku hadiah Daftar Ejaan bila ada tertera didalamnya nama Kutub Kanah yang ditukar kepada Perpustakaan. Papan tanda Kutub Khanah itu masih tidak ditukar atau diperbetulkan…maknanya pada ketika itu aku adalah diantara orang terawal mengetahui perubahan yang bakal berlaku dalam seni bahasa rasmi masyarakat.



Mengaji dengan Emak banyak bezanya, aku berjaya menghabiskan satu/dua muka surat dengan lancar dan cepat manakala aku pernah dimarahi Ayah kerana tidak menyebut dengan betul ayat Quran sehingga keluar kata-kata beliau “ Nak cuba ubah Quran ke?” maka bergugurlah air mata aku  teresak-esak. Lambat lagi la aku nak tengok cerita Chips di TV dan kebiasaan sessi mengaji adalah dsebelah malam selepas maghrib. 



Sebagai seorang guru bahasa inggeris Ayah memang sangat cerewet tentang ‘pengucapan; sesuatu perkataan dan aku terpaksa bersedia untuk mendengar ceramah panjang beliau hanya kerana ingin bertanya tentang maksud satu patah perkataan sahaja “Pergi ambil dictionary tu..”dan itulah tanda bahawa durasi masa akan dihabiskan bersama adalah 1jam atau lebih.



bersambung ke Bahagian ke 2



 

Comments

Popular Posts