'Usop Sontorian' merayau di Pekan Manchester

Malam tadi tak nampak apapun hanya cahaya-cahaya keciĺ dari lampu kereta..lampu jalan dan ĺampu rumah..itu semua ada di Kuantan..aku dalam kepanasan 'heater' di dalam kereta yang berbeza dengan panas tengahari di Kuantan.. sampai di rumah keadaan mula dingin kembali..berselimutlah aku sampai ke pagi.
Ketika sarapan pagi aku menjenguk-jenguk ke luar tingkap..tak sabar rasanya nak tengok apa yang digelar orang 'Bumi Inggeris'(England). Aku peminat Gary Lineker tapi kalah dengan 'Tangan Tuhan' Maradona 1986 di Mexico.
Kawasan ini adalah Kubu Kuat penyokong Manchester City dan rumah yang disewa oleh sepupu aku itu adalah bekas tapak Stadium Maine Road..ya! kawasan ini diberi nama Moss Side..ramai imigrant duduk disini dan kadar jenayah pun tinggi..cuak juga aku nak merayau nnti..sejak di beli oleh jutawan UAE Khaldoon Al Mubarak, mereka mempunyai Stadium baru yang serba canggih.
Sejuk dingin di 'Bumi Inggeris' ini tak sama macam duduk dalam bilik ber-Aircond di Studio Animasi Jalan Kuchai Lama...udara dingin yang segar..aku yang ada masalah jantung(macam Ironman) ni dapat berjalan tanpa rasa penat..tau-tau jer dah lapar..portion makanan segera disini pun besar-besar belaka..puas nganga mulut nak sumbat!

'Usop Sontorian' dihasilkan di bangunan 'batu-bata merah' Jalan Ipoh..Manchester pula digelar orang 'The Red Brick City'..Bandar ini adalah bandar industri..Jika 'Usop Sontorian' berbangga dengan gelaran Kartun Animasi Bersiri Yang Pertama di Malaysia, berjaya menembusi pasaran timur tengah , Eropah dan Amerika Syarikat serta mendapat pengiktirafan di Festival Filem Hiroshima Jepun..Manchester pula adalah 'Cottonopolis'..terdapat 108 kilang tekstil pada tahun 1853..
Kecanggihan teknologi yang ada di Manchester pada ketika itu berupaya menyumbang keperluan semasa manusia..Liverpool yang menjadi jiran terdekat mendapat tempias kemajuan..fuhh! agak panjang bloging kali ni..nanti aku sambung pasal Liverpool..tapi BUKAN cerita pasal bola..

Adios !


Comments

Popular Posts