KESUSASTERAAN, SENI VISUAL DAN KUTUB KHANAH - BAHAGIAN 2
Sejak kecil aku didedahkan dengan bahan bacaan berbahasa Inggeris, ini kerana ayahku adalah seorang guru bahasa inggeris. Setelah pulang dari menghadiri kursus di Universiti Wellington New Zealand terdapat pelbagai bentuk bahan bacaan yang diperolehi beliau disana. Kami adik beradik teruja dengan buku-buku kecil nipis yang mengandungi cerita pendek berillustrasikan watak-watak menarik dan aneh. Ia adalah cerita-cerita pendek dari bangsa asal penduduk New Zealand. Corak kulit bukunya yang berjilid mengikut tahap umur kanak-kanak dihiasi dengan pelbagai visual asas yang bermotifkan kesenian pakaian bangsa Maori. Sayangnya buku itu telah tiada untuk aku kongsikan disini. Kami sekeluarga kerap berpindah menyebabkan gagal untuk menyimpannya dengan elok. Tapi ketika tulisan ini ditulis aku dalam perancangan untuk menjejakinya semula…mungkin akan ke New Zealand. Pakaian bangsa Maori ditenun dengan menggunakan tanaman Pandan New Zealand (Phormium Tenax) atau dikenali ...