Pertandingan dan Cigar (Curut)

    

  

  Aku sengaja kurungkan perkataan Curut tu..bunyinya tidak begitu segar berbanding Cigar. “Eh!nanti ko masuk ni ya..Terbuka Shah Alam..”Kata Ibrahim Bujal,Kurator Galeri Shah Alam yang sedang menyiapkan template borang Pertandingan Terbuka Shah Alam 2018. Aku baru saja lepas habis berpameran bersama Kumpulan TigaSeniSatuAlam dan Persatuan Kaligrafi Cina Kuala Lumpur & Selangor. Pameran Seiring itu adalah gabungan 2 kumpulan seni dengan tema Pancarona serta Lukisan Alam.

    Aku sebenarnya tidak pernah percaya pada pertandingan dan ia bukannya disebabkan aku tak pernah menang sebarang pertandingan. Filem Animasi “Putih” pernah menang anugerah khas juri “Adaptasi” pada Festival Filem Malaysia ke-16. Ianya dianggap sebagai kejayaan hasil kerja berkumpulan walaupun draft pertama penulisan skripnya adalah karya aku. Aku juga pernah kalah dalam pertandingan Takraw peringkat sekolah-sekolah di Kuantan dengan kekalahan awal (knock out) 0-15,1-15 dan ia juga bersifat berkumpulan walaupun memang aku seorang jer yang terer dalam Regu tu…satu mata (point) tu agaknya memang untuk aku.

Tahun 2019 aku cuba menyertai 2 pertandingan Lukisan. Salah satunya aku tarik diri dengan beberapa faktor yang tak dapat di elakkan dan menyertai Pertandingan Terbuka Melukis Menara Kuantan. Inilah pengalaman pertama aku melukis secara terus, plein-air kata orang Perancis. Dalam tempoh 2 jam terakhir baru kami (berdua bersama kawan) mula melukis walaupun tempoh masa  pertandingan melukis adalah 4 jam, 2 jam yang pertama kami habiskan masa berbual mengenai kehidupan dan tetiba kawan aku bersuara “Aku sebenarnya nak menyertai jer bukan nak menang..dapat jumpa kawan-kawan baru..santai-santai jer”

Tahun ini, 2020 tiba-tiba ibrahim Bujal berwhatsapp dengan aku “Eh ko buat Semi-Abstrak pasal ikan kat Laut kan..masuk la Terbuka Shah Alam tahun ini..aku dah berhenti dah..alaaa..rezeki ada kat mana-mana” beliau dah berhenti tapi masih suruh aku masuk dan aku jawab “ Bukan kat laut…kat Sungai…Lubuk Sungai”. Aku pernah ambil semua borang pertandingan pada tahun 2018, Terbuka Shah Alam, Terbuka Pulau Pinang dan Painting of The Year UOB Bank...yer la lepas Ibrahim Bujal yang suruh masuk aritu tapi takat ambik borang jer tak hantar pun.

Sekarang aku sedang menunggu Glossy-Varnish yang aku order melalui Online.. nak hantar untuk Pameran Terbuka Shah Alam 2020…Painting untuk Penang Open dah selamat dihantar….waktu ini aku sedang menunggu keputusan dari UOB Bank untuk shortlisted Painting of The Year.

Kali ni aku tak cerita pun pasal Cigar…sajer jer letak kat tajuk…bila seseorang perempuan yang tidak dikenali lalu atau ada berhampiran dengan kamu dan menegur sambil keghairahan “ I smell Cigar Sir..” masa tu barulah ko tahu status sebenar Ahli Cigar walaupun masa tu ko dah ber-cigar sejam yang lalu. Keputusan aku untuk menyambung kembali ber-cigar masih belum direalisasikan.. mungkin pada tahun 2021 nanti.

 


 Holla Comandante!

 

Comments

Popular Posts