'Pisau Toreh' Baharu
Setiap Ahli Magis mempunyai tahap kemahiran tersendiri bagaimana menggunakan 'Kayu Sakti' kepunyaan masing-masing untuk menghasilkan sesuai yang menakjubkan. Aku tak nak menyentuh perihal Harry Potter dengan 'Magic Wand' serta ' Penyapu Terbang' beliau atau 'Teropong Hikmat' dan 'Kelapa Muda Kembar' milik Raja Bomoh Malaysia...sejarah kejadian magis dalam tamadun manusia berlaku lama dahulu...paling aku ingat adalah ketika bulan Ramadhan...ya...ketika peti televisyen mempunyai hanya 2 saluran utama iaitu RTM 1 dan RTM 2..siaran cerita dari penerbitan timur tengah tentang Sirah Para Nabi...bagaimana ular-ular sakti ahli magis hitam (baca;sihir) milik Firaun ditelan oleh ular Nabi Musa yang terhasil dari tongkat beliau...magis Nabi Musa ini digelar sebagai "Mukjizat"...kalau di google maksud Mukjizat ini adalah 'perkara yang menyebabkan lawan menjadi lemah'....perkara luar biasa yang mencarik adat ataupun sesuatu yang menyalahi kebiasaan manusia biasa yang berlaku hanya kepada para Nabi dan Rasul...antara lain nya adalah 'Yunus Tidak Dimakan Paus'....."Ibrahim Tidak dibakar Api"...'Sungai Tidak Melemaskan Musa'..."Pisau Tidak Membunuh Ismail".
Sebut tentang pisau...aku nak cerita tentang 'Pisau Toreh" Baharu aku...kalau dulu aku mengistilahkan Pensil dan Pen itu sebgai 'Pisau Toreh' iaitu sebagai alat menghasilkan karya di atas kertas...kini aku memiliki 'Painting Knife' sebagai alat untuk bekarya di atas kanvas....magis nya sangat berbeza jika aku hanya menggunakan berus sahaja...buat masa sekarang semasa penulisan ini ditulis aku menggunakan 'Pisau Toreh' baharu aku sebagai alat meneroka ruang dengan pilihan adunan warna diantara satah untuk menghasilkan komposisi yang lebih bebas sifatnya.
Aku tidak terus meninggalkan berus..berus aku gunakan ia sebagai alat 'menyempurnakan nilai' diantara ruang,satah dan komposisi karya tersebut...senang kira ada proses positif dan negatif nya disitu...sebuah karya adalah hasil magis seorang pelukis..setiap pelukis ada pendekatan tersendiri bagi menghasilkan karya...samalah seperti Harry Potter dan Raja Bomoh Malaysia (terkecuali Nabi dan Rasul)...aku pernah disuruh melukis sambil berkata-kata menerangkan perihal karya aku tu...ternyata aku gagal..pada aku karya adalah pernyataan puisi atau mentera atau zikir atau apa saja yang hendak dipanggil atau diistilahkan.....kamu boleh menulis apa saja tentang karya kamu sesudah ia dipamerkan tapi ia tidak dapat menyatakan keseluruhan ceritanya.
Hari ini adalah hari ke 8 dalam Fasa II Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Dunia sedang diserang wabak COVID-19...semoga kita semua dipermudahkan segala urusan.
Tiada Kata Seindah Bahasa
Tiada Gambar Secantik Lukisan
Adios
Comments
Post a Comment