Di Jalan Seni Ini Aku Mengenal - Bahagian 2

 

Nak kena bawa ‘portfolio’ masa interview nanti. Inilah pertama kali aku mengenal perkataan itu dan ia tidak menjadi soal untuk aku menyediakannya. Memang hobi aku melukis sejak kecil lagi iaitu sejak a
ku mengenal pensil, kertas dan dinding. Pada umur 4 tahun aku sudah mengikuti kelas Taman Didikan Kanak-kanak. Dari situ aku mengenal “wooden cube” dan ‘
plasticine”. Seperti kanak-kanak lain aku diberi kebebasan untuk membina dan meneroka daya kreativiti sendiri. Dinding-dinding bisu rumah Wan (baca:Nenek) menjadi medium awal untuk aku berekspressi. Dimarahi dan disuruh memadamkannya tidak menjadikan aku berhenti berkarya sehinggalah Wan aku tidak lagi melarangnya.

Melakar di buku latihan sekolah, buku teks, ruang-ruang kosong suratkhabar dan dimana sahaja ruang kosong aku akan mengisinya dengan pelbagai ekpressi dan cerita. Ianya terus berlaku sehinggalah aku membaca syarat-syarat untuk hadir interview bagi jawatan “Junior Animator”. Aku dan Fazlan berkongsi hobi yang sama. Fazlan pernah menghantar karya-karya beliau diruang pencarian bakat di pelbagai Majalah Humor pada masa itu dan ada diantara karya beliau diterima. Aku pulak memang tidak pernah cuba menghantarnya dan lebih senang berada pada tahap “menconteng”. Aku lebih minat pada karya-karya yang menggunakan pelbagai medium campuran dari dakwat pen, magic color, watercolor dan oil pastel namun di masih berada di tahap “untuk diri sendiri”.

Seorang lelaki bermisai tebal berlegar-legar di ruang hadapan bilik yang dipenuhi meja/kerusi. Aku di minta duduk dimana-mana sahaja pada ruang meja/kerusi tersebut. Sehelai kertas yang memaparkan salah satu watak kartun ‘Usop Sontorian’ serta terdapat 8 bentuk pergerakan berada di bawahnya. “ Kamu di minta untuk melukis watak berkenaan pada 8 helai kertas mengikut pergerakan tersebut ” kata lelaki bermisai tebal itu. Aku tak berapa ingat watak mana yang aku lukis tapi itulah pengalaman kedua aku di interview selepas gagal melepasinya untuk mengikuti pengajian dalam bidang Arkitek di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Bezanya adalah pada interview pertama aku diminta melakar benda-benda pegun dari satu sudut pilihan manakala kali ini aku diminta melakar bentuk-bentuk pergerakan. Perbezaan ini akan aku kupas untuk artikel yang lain.



Kartunis UJANG tiba-tiba muncul masuk ke bilik/dewan interview. Aku yang sedang melukis berhenti seketika. “ Ini la agaknya UJANG tu” bisik hati aku. Beliau berjalan kesetiap meja/kerusi para calon kekadang berhenti seketika membelek-belek “portfolio” mereka. Aku memerhati dengan ekor mata sambil meneruskan lakaran dan memang aura superstar beliau terserlah. Cara berjalan, berdiri dan pemerhatian beliau lain dari orang lain dan itulah aku maksudkan “aura” tadi. Beliau tidak berkata-kata walaupun ketika membelek-belek “portfolio” diatas meja aku, cuma “gesture” mengganguk-angguk kelihatan dirasai.

Tiba masa untuk sessi beramah mesra dengan lelaki bermisai tebal tadi. Kartunis Ujang duduk disebelah beliau sambil membelek-belek dan mengangguk-angguk. Lelaki bermisai tebal hanya melihat perlakuan UJANG itu. Beliau mengambil portfolio aku dan melihatkan mata kecilnya sambil memuncung-muncung seperti terkumat-kamit. Uishhh..lagi stail!..”Boleh bekerja di Kuala Lumpur?” tanya Lelaki Bermisai Lebat. “Boleh” jawab aku yakin dan keyakinan aku sebenarnya bakal diuji bila nak minta izin emak aku bila balik rumah nanti. Apa dialog antara aku dengan lelaki bermisai lebat itu seterusnya aku tak ingat tapi aku diminta melaporkan diri pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Ya..aku berjaya..tapi macamana aku nak bagitahu emak aku nanti? Sebelum ini beliau memang tak bersetuju untuk aku bekerja. Sambung belajar katanya.

 

 

Adios !

 

Comments

Popular Posts