Kopi dan Kebebasan

      Aku bukanlah tahu sangat pasal kopi ni…imej pertama aku tentang kopi adalah mesin kisar kopi bermotorsikal…yang tukang jual tu aku tak tahu bangsa apa…ya la..budak kecil lagi mana tahu tentang warna kulit dan ketuanan..bau harum kopi sangat segar..sesegar pagi hari bersama keriuhan penjual dan pembeli 'pasar sehari' di Pekan Dong Raub Pahang.
      Kopi itu dibungkus dengan plastik biasa jer..tiada label..jenama..aku tak tahu berapa harganya dan tentulah jauh lebih murah berbanding kopi Cap Gajah 333 yang ada di rumahku...Kopi Cap Gajah dalam bekas tin itu adalah kopi kegemaran ayahku...itulah kopi yg dibawa nya bekal ke sekolah..kopi 'O' panas seorang Chegu Sekolah.
     Aku jumpa kopi jenama Costa ni semasa berhenti di RnR dari Kota London ke Manchester...masa tu aku masih berpantang meminum kopi..jadi aku tengok jerla sambil menahan kesejukan suhu malam di negara omputih tu. Hari ni aku sudah bebas sepenuhnya dari berpantang...berpantang dari segalanya...minum kopi..hisap rokok..curut..dan macam lagi...mak akau terkejut bila aku cakap macam tu.. aku kata aku nak mula merokok kembali..hahaha...ya...aku baru lepas menjalani Operasi mematikan lintar pintas di jantung aku...aku sudah sihat!...sihat macam budak belasan tahun..hahaha..
    Petang tadi aku baru ada keberanian semula untuk menjadi 'Hantu Kopi'...Cappuccino plus caramel...pelayan kedai tu tanya aku "nak gula tak?'...aku balas "Tidak dinamakan Kopi la kalau ada gula"...hahaha..Kopi tu sifatnya pahit...makin pahit makin sampai lah kita ke 'sana'...;sana' tu mana?..alaa...'high' kata omputih.. ransangannya berbeza dengan bahan peransang jenis minuman lain..lain tu maksud aku kalau ko minum tuak..'tuak tengkorak' buatan orang tua di pendalaman Pitas daerah di negeri Sabah..boleh tertido bawah kereta kalau kena.
   Sekarang aku dah boleh berlari tapi blom mula lagi (ketika aku sedang menaip artikel ni)...aku kena mulakan semula macam dulu main futsal, main bola padang besar.atau panjat Bukit Pelindung. Aku pernah sampai ke puncak Bukit Pelindung dalam keadaan aku masih ada komplikasi jantung...haaa...malam tu dia serang...haaa...menjawab la pada diri sendiri...aku tak ingat pada hari tu samaada ia baik sendiri atau aku dah masuk wad kecemasan HTTA...wad kecemasan tu aku dah biasa masuk...doktor2 kat situ dah kenal sangat kat aku...hahaha.
    Kebebasan apa yang dicari semasa hidup ini jika bukan mempunyai kesihatan yang baik...Fidel Castro dalam tindakan manifesto pertama beliau setelah menang revolusi adalah Kesihatan Percuma untuk rakyat Cuba...kalau betul tindakannya begitu mengapa beliau sendiri sentiasa menghisap cigar(curut)..begitu juga sahabat baik beliau iaitu Menteri Industri, Che Guevara yang tidak lekang curut dimulutnya?...menghisap Cigar (curut) adalah jauh lebih baik dari menghisap rokok..itulah nikmat tembakau sebenar. 

Buat masa ini aku sedang mempertimbangkan untuk kembali ber 'cigar'.

-Adios-










Comments

Popular Posts