Ubah Semula/Tajuk

   'Re-Title' kalau di-translate-google-kan ke Bahasa Melayu menjadi 'Tajuk Semula" dan dalam Bahasa Indonesia-nya berbunyi 'Judul Ulang'...jika di baca maksud dalam kamus Bahasa Inggeris ia memberi makna 'give a different title to'...dan menurut pemahaman aku secara terus ia bermaksud 'memberi/cadang tajuk baru/berlainan'...sebenarnya aku lebih suka ianya di tulis ' Ubah Semula/Tajuk'.
     Sebenarnya aku baru sahaja lepas menjalani Operasi Mematikan Litar Pintas di Jantung 4 hari lalu 9/6/2020 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan...sementara menunggu kesan luka/bengkak operasi itu sembuh (tebuk 2 belah peha dan leher) aku tak ber-painting...jadi aku tulis blog tentang persiapan untuk menyiapkan 15 painting bagi SOLO aku yang pertama nanti...ada beberapa painting yang aku telah hasilkan pada 2018/19 bakal di improvisasi..dan ada yang baru/akan dihasilkan 2020 sehingga 2021(jangkaaan pameran)
    Bermula dengan memancing di River Mersey Liverpool dan mengadakan pameran berkumpulan pertama 2018 di Galeri Shah Alam dengan Siri Baramundi aku terus menghasilkan karya untuk pameran 2019 dengan visual berdasarkan rentak-muzik serta homage kepada tokoh pemuzik serta memetaforakan dunia Barramudi dan Bakau dengan perubahan sosial sebuah bandaraya(baca:Kuantan). Pada tahun ini aku terus meneroka ke dasar alur-alir pemikiran visualku dengan permainan metafora Lubuk Sungai di Hulu.
     Lubuk adalah perkataan yang menyatakan kawasan yang paling 'Dalam' sebuah aliran sungai. Disitulah tempat tinggalnya sejumlah ikan yang paling banyak. Ukuran kedalaman nya tidak boleh dilihat dengan mata kasar walaupun pada pandangan Sang Rajawali. Lubuk harus diterokai dan diuji untuk mendapatkan hasil yang paling bagus. Cabarannya adalah kerana sifatnya yang sunyi , kelam dan misteri.
      Dalam cerita superhiro melayu klassik 'lubuk' dikaitankan dengan Si Badang yang memakan muntah hantu. Si Badang menggunakan Bubu Rotan bagi menjerat/menahan hasil tangkapannya. Tentulah saiz dan rupabentuk Bubu Rotan itu mempunyai pelbagai jenis bersesuaian dengan hasil yang diinginkan.(sila google)
    Perjalanan visual ini akan terus bergerak mengalir dan bermain di kanvas sehinggalah masa menentukan ianya "berhenti".


KitaJagaKita
    
    
     



Comments

Post a Comment

Popular Posts