11 Puasa, Ikan dan Pizza

        


         Bulan ramadhan ini aku ada tugasan untuk disiapkan. Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku menerima tempahan dari orang. Lukisan potret, satu medium akrilik dan satu medium Arang. Sebelum ini aku melukis potret sebab aku nak lukis..suka lukis..mungkin ada cerita tentang seseorang itu membuat aku ingin melakar dan mencatankannya dalam bentuk karya. Ada beberapa teman dan kenalan yang ingin melihat wajah mereka di lakar dan dipotretkan tapi aku menolak dan hanya sedikit yang aku terima..itupun kerana ia ada cerita istimewa yang mendorong aku untuk melakukannya.

Aku membawa kesemua alatan ke Open Gallery Kuantan Centre Point yang dikendalikan oleh Brader Munif. Sebenarnya Brader Munif yang mencadangkan aku melukis disitu. “ Ko cuba start dalam pukul 8:30 pagi..pastu ko akan rasa macam mana dia pergi..” kata Brader Munif sambil menunjukkan arah tangannya menuju keatas seperti arah penunjuk anak panah gambarajah sebuah graf prestasi. Brader Munif sudah bertapak lama disitu sejak awal tahun 2000. Aku sebenarnya bercadang untuk berkarya di dalam studio indoor baru aku dirumah…waktu berkaryanya adalah pukul 5:00 hingga 6:00 petang…ia aku lalukan seperti bulan ramadhan tahun lalu. Aku berjaya hasilkan 2 buah karya yang akhirnya berjaya dihantar ke Terbuka Shah Alam dan Terbuka Penang 2020.

Brader Munif ni aku kenal masa ke Pameran Solo Faizal Sidek di Galeri Pantai Timur pada tahun 2019. Masa tu aku telah sibuk kendalikan Pameran Seni Matakunsi di Perpustakaan Awam Kuantan. Bila kami berborak secara tak sedar rupanya aku pernah melihat beliau melukis di Open Gallery iaitu ruang yang sama di Centre Point pada awal tahun 2000 ketika aku melawat Pejabat Persatuan Seni Lukis dan Seni Reka (SENIKA) yang ketika itu berada di tingkat 2 Kompleks berkenaan.

Tahun 2019 adalah tahun permulaan aku balik Kuantan. Balik atau pulang dalam ertikata terus menetap dan menghasilkan karya di Kuantan. Tak tahu la pulak lepas ni…mungkin aku tiba-tiba hilang ke tempat lain pulak…hajat di hati nak buat Road Tour dari Kemboja, Vietnam hingga ke Chiang Mai. Mungkin selepas projek Siri Ikan Sungai aku selesai nanti. Apapun masih menunggu giliran untuk disuntik vaksin..harap cepat la sikit. Rindu pulak nak berplein-air di tepi River Mersey Liverpool…kali ni kalau dapat ikan pari lagi aku nak buat  masak asam pedas sendiri…sambil minum kopi panas.

Ketika menulis artikel ini aku baru mula masuk hari ke 11 berpuasa. Tahun ni aku tak ke Bazaar Ramadhan seperti tahun lepas juga. Hanya membeli pulut panggang di kedai Wan Roti Canai Tanjung Api dan Laksa Penang depan Sekolah Al Ihsan. Malam semalam pekena pizza ‘special request’ dari aku… 2 in 1 iaitu Hawaiian plus Pepperoni oleh brader Che Mad pemilik Cheerio’s Pizza. Aku juga menghirup Kopi Ais Belfast. Menurut kata Che Mad beliau pernah berhajat untuk pergi ke Belfast ketika menetap di Dublin dulu tapi di halang oleh kawannya kerana bimbang gangguan dari pemberontak IRA. Tragedi paling diingat di Belfast telah dirakam oleh kumpulan U2 dengan lagu  ‘Sunday Bloody Sunday’. Kalau nak tahu pasal ‘Bloody Sunday’ korang google jer la…aku nak dengar lagu tu…antara lagu terbaik dari U2.

 

p/s RMS Titanic di bina di pelabuhan Belfast dan didaftarkan di pelabuhan River Mersey Liverpool.

 

 

Adios !

Comments

Post a Comment

Popular Posts