Makanan dan Normal Baharu

             


Aku ni bukanlah seorang pencinta makanan sangat, tolak batu dengan kayu jer semua aku bedal. Orang kata “kalau nak tahu makanan itu sedap atau tidak kita makan masa tengah kenyang”. Aku pulak tak boleh makan bila dah kenyang jadi sampai sudah lah aku tak tahu mana satu makanan yang sedap dan tidak.

Sewaktu aku berkelana bermotosikal selama 14 hari di Jawa Timur aku memang rasa semua Bakso di sepanjang jalan dari Kota Surabaya hingga ke Kota Malang fuhhh!!!..semuanya sedap..paling sedap bila singgah di rumah kawan kepada marshall kitaorg (bertiga jer pun) masak Mee Bakso ada isi didalamnya…aku tak tanya isi apa dalam tu tapi memang tak pernah aku rasa makanan sesedap itu. Sejak itu aku jadi peminat Bakso yang tegar walaupun aku takkan jumpa Bakso sesedap itu di Malaysia (setakat ni).

Indonesia memang mewah dengan pelbagai jenis makanan dari ‘Tauhu Sumbat berulamkan Cili Padi” yang dijual disepanjang jalan “macet” hinggalah ke Sate Kelinchi..Sate Padang dan Nasi Berlauk…Mee Sup dia pun ada bermacam2 jenis dan rasa…cerita pun tak guna..korang yang tak rasa kena pegi sendiri la rasa.

Untuk pergi ke sana dalam situasi Normal Baharu yang melanda dunia hari ini menjadi tandatanya pada aku. Ada lagikah warung-warung kecil di pinggir jalan atau warung-warung beroda yang berlegar kesana sini hampir wujud diseluruh kota-kota kecil dan besar wilayah Jawa Timur hingga ke Gunung Berapi Bromo?..

Sejak wujudnya Peraturan Kawalan Pergerakan setahun dahulu aku telah mahir memasak Mee Goreng dan Nasi Goreng PKP…sehingga kawan lama aku yang singgah bermalam  2- 3 hari di rumah memuji keenakannya. Kaum Keluarga tak payah cakap lah semuanya tak sangka aku ada “Tangan Sakti”. Dan baru semalam aku berjaya memasak “Ayam Kam Heong”…uishh..aku pun tak percaya.

“Kam Heong” adalah perkataan Kantonis yang bermaksud “Golden Fragrance” dalam bahasa melayu aku tak pandai nak translate..mungkin dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ada tertulis..kalau takder boleh la tukar jadi Dewan Bahasa dan Petaka (itu kata-kata kawanku bila marah pada sesuatu isu mengenai bahasa).

Masakan ini boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis makanan laut yang lain seperti “Udang Kam Heong”, Ketam, Lala, Siput Sudu Biru dan lain-lain. Resepinya aku ambil dari seorang kawan perempuan “Mek Klate Cino Siam” dan untuk memastikan ianya lulus aku pun bagi dia rasa…esok paginya dia kata “Lulus”.


Selepas ini aku tak tahu apa yang akan berlaku dalam menu masakan aku seterusnya…baru 3 jenis makanan..masih level cuba-cuba jadi “Tukang Masak”..tahap “Chef” jauh sangat.



Le-vivera le-vivamonde !

 

Comments

Popular Posts