UNTUK DIRI SENDIRI - Sebuah Projek Syok Sendiri

Projek 'Untuk Diri Sendiri' adalah sebuah projek yang dilakukan untuk diri aku sahaja. Bermula dengan melukis,ya melukis adalah pekerjaanku, suatu masa dahulu adalah hobiku dan ada pada ketikanya di usia remaja ia adalah cita-citaku untuk menjadi seperti orang tu orang ini dan mencabar diri sendiri untuk melukis yang terbaik adalah perjuanganku manakala kepuasan adalah sesuatu yang sentiasa gagal untuk aku capai sehinggalah saat ini.Fuhh..gila panjang punya ayat.


Menjadikan kerja melukis sebagai pekerjaan adalah satu tanggungjawab. Samada tanggungjawab pada majikan atau masyarakat. Kedua-duanya memerlukan satu bentuk kerjasama yang mempunyai disiplin  tersendiri. Ia dapat mendidik diri sendiri tentang perhubungan realistik dunia seni. Habuannya sudah tentu ada, samada dalam bentuk wang ringgit atau bentuk-bentuk material yang lain.


Manakala melukis 'Untuk Diri Sendiri' adalah mungkin dalam lingkungan hobi ataupun memenuhi masa lapang. Moment atau masa-masa inilah yang telah hilang bertahun-tahun lamanya dari diri aku. Sejak beberapa waktu kebelakangan ini ia kembali. Maksudku waktu itu kembali. Waktu-waktu tertentu melakar tentang apa saja yang terlintas dari kehendak diri sendiri. Tiada imbuhan wang ringgit atau bentuk material lain.


Bereksperimentasi, ya ia adalah perkataan yang tepat untuk satu perjalanan diri sendiri. Cuba memahami sesuatu dengan cara tersendiri. Tak perlu untuk jadi orang itu orang ini.Ya inilah ekspresi awal zaman kanak-kanak. Mungkin bukan aku sorang je mengalaminya tapi semua orang. mencorak kembali kain putih atau kertas putih atau canvas putih atau mungkin warnanya bukan putih agak-agak kelabu sikit atau mungkin ada diantaranya berwarna-warni. Memang setiap individu ada jalannya sendiri. Tapi yang pasti semua arah menuju tempat yang sama...haaa..ya...itu Pasti!Confirm!Konformasi!


Lakaran Gesture di atas adalah berpandukan kepada langkah asal bunga tari Mahaguru Seni Silat yang mahsyur di Malaysia. Lakaran Gesture itu adalah dari individu yang sama. Manakala Harimau dan Naga itu adalah simbol yang terdapat dalam Perguruan tersebut. 


Sayembara Hidup

Menang mu tidak bererti
Jika lawan mu bukan tandingan
Jika kau mengaku pintar
Kau masih dalam kekalahan

Kalah menang semua tempuhi
Kecundang dan bangun lagi

Hingga bisa kau kalahkan
Ego mu yang kau sangka kawan
Kau masih dalam kekalahan

Dalam sayembara
Sayembara hidup
Dalam sayembara
Melawan ego mu
Ego mu ego mu
Ego mu ego mu

Lawan untuk hidup
Hidup mesti lawan
Hingga ego mu kau kalahkan

(Senikata diambil dari lagu Sayembara Hidup ciptaan Mohamad Nasir Mohamad)


  


Comments

Popular Posts