TRIBUTE TO P.RAMLEE - Ekspresi Seni

Ekspresi Seni
Projek Tribute to P.Ramlee adalah sebuah projek 'Ekspresi Seni' terhadap karya seorang insan yang digelar 'Seniman Agung'. Karyanya dihormati bukan hanya di negara Malaysia sahaja malahan di Asia Tenggara dan tidak melampau jika dikatakan ia melepasi sempadan hingga ke Benua Asia itu sendiri. Beliau juga pernah di gelar sebagai "Charlie Chaplin Asia". Sentiasa diraikan kehadirannya disetiap Festival Filem bertaraf Antarabangsa oleh pengiat-pengiat filem Asia.

"Kita bercakap berlainan bahasa, Mak bercakap bahasa tua, Nanda bercakap bahasa muda, Bahasa tua penuh kesabaran di dada, Bahasa muda darah bergelora."

Kehebatannya
Jika benar hebatnya beliau,dimanakah kehebatannya? Ia mesti bersifat melangkaui zaman, bak kata perumpamaan Melayu 'Tak Lapok dek Hujan Tak Lekang dek Panas'. Terlalu banyak cerita atau program yang mengenang beliau, mengenang beliau melalui penulisan buku Riwayat Hidup, tak kurang juga yang membuat Re-Make filem atau ekspresi drama ala-ala parodi dan ada juga dibuat Biografi untuk siaran televisyen, itu belum masuk lagi Pertandingan Nyanyian P.Ramlee saban tahun maka muncul semula kelibat P.Ramlee dalam dunia seni tempatan. Apakah kita mahu lahirkan P.Ramlee Baru atau Karya yang sehebat P.Ramlee? Atau lupakan sahaja P.Ramlee..karyanya hanya untuk dikenang, diadakan pelbagai Majlis atau Acara yang sifatnya adalah "Mengenang", mungkin kenangan itu menjadi inspirasi atau pembakar semangat kepada pengkarya-pengkarya generasi baru bukan sahaja di Malaysia, Asia Tenggara, Asia tetapi juga merentasi sempadan benua lain seperti Afrika,Timur Tengah, Eropah, Bollywood dan Hollywood.

Bukan Sekadar Mengenang
Projek Tribute to P.Ramlee ini bukan sekadar projek mengenang, ia lebih dari itu, Bukan juga sekadar dijadikan wacana para akademik atau penggiat seni dengan pembentangan bertimbun-timbun kertas kerja. Projek ini adalah permulaan kolaborasi beberapa pengiat seni dalam pelbagai bidang untuk menginstalasi atau restorasi hasil seni karya agung itu sendiri bukan bercerita tentang riwayat hidupnya tapi tentang karyanya..apa hebat karyanya..sentuhannya...untuk dijadikan asas pembelajaran bagi generasi akan datang. Berkreativiti Berinovasi dari Yang Agung.

Hey!P.Ramlee jangan disentuh!
Apa maksudnya ayat diatas? Maksudnya adalah kamu tak perlu mengangkat karya P.Ramlee, ia boleh berjalan sendiri, dalam kelas beliau yang tersendiri. Itu kata-kata seorang pengkarya yang berfikiran Hollywood. Meletakkan nama bintang di atas jalannya tersendiri ia seperti mengukir nama P.Ramle di Hollywood Walk of Fame. Tetapi tidak untuk Muhamad Ali petinju yang paling diraikan dunia, beliau tidak membenarkan namanya diletak diatas jalan tersebut maka beliau adalah satu-satunya nama yang terpahat di dinding Hollywood Walk of Fame. 

Pencak Terakhir

Mengukir Langkah Jejak Panglima
Jejak Turun Temurun Lama
Andai Ada Sakti Pendeta
Ayuh Kita Ukur Semula

Nukilan: Ahmad Nazri Annuar





Lakaran dan Dialog berdasarkan dari Drama Pendek Damaq dari Filem Ragam P.Ramlee 1964


Comments

Popular Posts