LE' TOUR de TOON - SEBUAH PROJEK "TIBA-TIBA ADA"

Projek Le' Tour de Toon adalah sebuah projek "tiba-tiba ada" bila tercetusnya ilham untuk ke Piala Dunia Afrika 2010.


Apa idea asalnya?..menjual Design T-Shirt mengenai binatang di Afrika..promote Afrika sesambil tu bercita-cita untuk menyaksikan Perlawanan Akhir di Stadium Soccer City Johannesburg.
Apa kaitan poster di atas dengan Afrika? Bolasepak?...Hmmm..rasanya macam takde je..takde kena mengena langsung!..hehehe..sebab itulah ia dipanggil sebuah projek "tiba-tiba ada"...


 Ni mamat ni sape pulak..haaa..sebenarnya mamat diatas ni adalah karektor alter-ego aku..kerjanya adalah sebagai "Pemandu Pelancong".


Ok..gambar diatas ni mungkin ada kaitannya dengan Afrika..tapi kenapa kriket dan tidak bolasepak?

Sebuah Poster yang bercerita tentang sejarah sebelum terciptanya Radio dan Televisyen dimana manusia berhibur dengan persembahan Kembara Kumpulan Sarkis yg terdiri daripada lebih 100 Badut, 1,000 Ahli Musik, 700 ekor Kuda dan pelbagai jenis binatang termasuk Gajah dan Unta mengembara dari Tempat ke Tempat,Wilayah ke Wilayah dan Benua ke Benua. Bagi mengenang moment atau sejarah itu maka diadakan pada setiap tahun iaitu bulan Julai sebuah perarakan besar-besaran Kumpulan Kembara Sarkis itu.Ia diadakan di Milwaukee,Wisconsin Amerika Syarikat. Apa kena mengena Amerika Syarikat, Afrika dan label "Asia" pada Wagon, Juan Ostard Studios dan tajuk ala-ala bunyi Perancis di poster itu. 

Inilah ajaibnya projek "tiba-tiba ada" yg digelar Le' Tour de Toon.

Selamat Berkenalan






Comments

Popular Posts