UNTUK DIRI SENDIRI - Apa itu Abstrak?
Apa itu Abstrak? "Abstrak tu apa bang?" tanya aku pada seorang 'Super Senior' pelajar Kajian Senihalus di sebuah studio yang merupakan asrama bagi kami pelajar-pelajar disitu. Aku pun dah tak ingat macamana aku boleh terlepak kat situ padahal aku adalah pelajar jurusan Statistics..ya Statistics..satu course di Fakulti Sains Komputer dan Matematik yang sentiasa bermain dengan 'figures'..bukan 'figure'!. Sambil memalitkan warna pada kanvas dan sesekali melihat gambar yang ada ditangannya, brader "Super Senior" tu menjawab "Abstrak tu macam ni "ditunjuknya gambar biji kelapa sawit kepada aku.."ko kena pilih mana-mana bahagian daripada ni dan buat kajian"...perbualan kami terhenti disitu.
Gambar Hiasan diambil dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Rambutan
Dan selama hampir 22 tahun lebih aku terjumpa pula dengan seorang pelukis professional dan bertanyakan soalan kepada beliau "lama ke nak siap ni" sambil membelek-belek beberapa drawing dan sketching di atas mejanya berhampiran dengan easel yang terbentang saiz kanvas putih yang agak sama ukurannya dengan painting brader "Super Senior" 22 tahun dahulu " Nak buat painting ni sekejap je...ni..yang ni yang lamanya.."
Gambar Hiasan diambil dari http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=15521
Jadi untuk itu aku pilih buah Rambutan sebagai bahan melukis aku bagi projek "Untuk Diri Sendiri"..dan tajuk adalah "Apa khabar pokok rambutan?". Tetapi mengapa memilih subjek Rambutan?...sebab aku rindu pokok Rambutan kat kampung aku..gambarnya baru-baru ni ada di share di FB untuk sessi Perkongsian Gambar Lama pada tarikh dan hari yang sama tapi tahun berbeza. Susah pulak nak mencari semula gambarnya...tapi tak apalah...bila di goggle terjumpa pula tentang peribahasa buah-buahan yang berbunyi.
Jadilah seperti tandan Petai, bukan tandan Rambutan,
Tandan Petai membahagi makanan rata ke biji-bijinya, semua seimbang, tidak seperti Rambutan, ada yang kecil ada yang besar.
Sekian untuk setakat ini.semoga bertemu lagi.
Comments
Post a Comment