LE' TOUR de TOON - This is a story about a lost wagon

"This is the story about a lost wagon" itulah ayat yang tertera di poster LE' TOUR de TOON. Jika ditranslate atau dialih bahasa menggunakan Google Translate ia bermaksud "Ini adalah cerita tentang wagon yang hilang" atau dalam Bahasa Indonesianya pula " Ini adalah cerita tentang sebuah gerobak yang hilang".
Ya..apapun bunyinya atau disusun ayatnya ia tetap bermaksud tentang "kehilangan" sebuah wagon,gerabak atau gerobak.
Apa yang menarik sangat cerita kehilangannya? Siapa peduli? Berharga sangatkah?
Atau ia mungkin boleh mengancam keselamatan awam melebihi ancaman terorris ataupun puak pelampau?
Ye ke ni?..Hmmmm...
Mari kita lihat tanda-tanda yang ada di wagon tersebut.(sila rujuk entri pertama tarikh 24/4/2016 5:42PM)

1. Perkataan ASIA
- Sudah tentu ia berkaitan dengan rupabentuk,georafi,nilai-budaya,adat resam dan seumpamanya yang berkaitan dengan benua ASIA..samaada ia adalah dari ASIA BARAT,ASIA MINOR,ASIA TENGAH,ASIA TIMUR,ASIA SELATAN ataupun ASIA TENGGARA.

2. Rupabentuk ukiran imej di Wagon/Gerabak/Gerobak
- Terdapat pelbagai rupa atau wajah berpakaian mewakili wilayah-wilayah tertentu di ASIA. (memerlukan perbincangan yang lebih terperinci)

3. Perkataan Juan Ostard Studios
- Bunyinya "Juan Ostard" seperti pengaruh Sepanyol dan Turki atau Parsi atau Timur Tengah, Selatan Asia dan Asia Tenggara. Manakala "Studios" itu adalah satu tempat kerja bagi para Artisan yg melakukan hasil seni seperti seni lakonan, senibina, senilukis, seni tembikar, pengarca atau seni pahat, seni origami, seni ukir, seni buku skrap, seni fotografi, rekabentuk grafik, seni bikin filem, animasi, rekabentuk industri, produksi radio televisyen serta penyiaran dan seni musik.

Jadi apa yang sebenarnya ada di dalam wagon itu? Adakah hasil seni yang telah dinyatakan diatas? Jika di fahami dengan realistik wagon itu adalah tempat tinggalnya para pekerja atau artisan yang terlibat dalam Kumpulan Kembara Sarkis,samaada ia adalah manusia ataupun haiwan.Ya!Mereka tetap digelar artisan tak kira manusia ataupun haiwan.Ya sudah tentulah Haiwan tersebut tidak sama dengan haiwan-haiwan lain diluar sana. Itu sudah Pasti!Confirm!Konformasi!



Eh! nanti dulu, lakaran diatas tidak mengambarkan haiwan dari Benua Asia...

Apabila Tirai dibuka

  




Comments

Popular Posts