Ustaz, Ustad, Ostad, Ostard & Self Taught


Tiada istilah 'Self Taught' bilamana Adam turun ke bumi...beliau berguru dengan alam sekeliling dan pengalaman itulah 'Formal Education' yang paling terawal dalam sejarah tamadun manusia...tiada istilah 'Sukatan Baru' pelajaran..atau 'Daftar Ejaan Baru - Edisi Dewan Bahasa' yang aku terima ketika mendapat hadiah tempat ke-3 dalam darjah 38 tahun dahulu..aku tidak tahu bagaimana ilmu 'bertukang masyarakat' ini dihijack oleh Karl Marx dengan memberi istilah baru Marxisme...atau 'ism' lain-lain lagi dalam sejarah manusiawi.
Ustaz adalah kata pinjaman dari Bahasa Arab yang popular di Kuantan sebagai Guru Agama (lelaki)..perempuan dipanggil Ustazah...Ustad atau Ostad adalah dari Bahasa Parsi yang membawa maksud Pendidik, Guru, Mahaguru Muzik, Seniman atau Sarjana...perkataan Ostard pula lebih kurang sama dengan ketiga-tiga perkataan itu...pilihlah yang mana-mana pun untuk menjadi yang terbaik.
Minum kopi boleh menyegarkan tubuh badan...tapi jangan overdose...aku pernah dilarang Doktor untuk berhenti minum kopi...ia dikesan semasa aku ada komplikasi jantung...sekarang aku mula meminumnya...tidak boleh lebih dari 3 gelas sehari...apapun ia..samada mulanya bersifat kebaikan akan menjadi mudharat jika melampaui garis sempadan..belajar dengan kopi pun di panggil 'formal education' BUKAN self taught...kopi juga adalah minuman kegemaran para sufi.
Sudah 2 minggu aku tak jumpa roti canai sejak sampai di Manchester... akhirnya dapat mengeteh( masih berpantang minum kopi) di Cafe Gossip...cafe itu milik blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin...anak dara beliau dah besar sekarang...minggu depannya aku ke London..dapat mengopi di Starbuck..mengopi di kota london memang satu kenikmatan tak terkata...

Adios !


Comments

  1. Terbaek saudara....simple text...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Tuan...teruskm menikmati tulisan2 seterusnya..

      Delete

Post a Comment

Popular Posts