Mimpi adalah Visual Illusi yang paling canggih

Dah 5 hari aku tak beraksi..demam selsema..satu ujian..istirehat yang panjang..permulaan tahun baru 2019...tinggal sebulan saja lagi untuk aku berpamer..pameran pertama 2019..aku perlu 3 hari rehat lagi untuk beraksi semula..
Dunia Abstrak Ekspressionism sudah semakin dekat dengan diriku..aku perlu 11 painting lagi untuk ia sebati dengan caraku..sebati dalam erti permulaan untuk terus yakin berkarya..pelajaran aku yang pertama adalah 'perlu cukup bersedia sebelum berkarya'..bersedia dari segi mental dan fizikal..minum air secukupnya..berhenti bila perlu..peka keadaan sekeliling...jangan 'hanyut' sampai lupa makan minum serta solat..orang demam selsema atau sakit yang memerlukan rehat akan mengalami mimpi yang luar biasa...sebut pasal mimpi ni...dah lama aku tak mimpi hantu..
Aku mimpi hantu omputih!..hantu omputih yang berpakaian klassik ala zaman Sherlock Holmes..bertopi bulat dan berjubah berenda-renda...ia berlaku semasa aku tidur di Maines Road..rumah sewa sepupu aku semasa di Manchester tempohari...tak pernah seumur hidup aku mimpi hantu omputih..mungkin sebab petangnya  aku berjalan terserempak dengan orang tua berpakaian klassik di salah satu bangunan lama di pekan Manchester...giler..kata orang mimpi adalah mainan tidur...dan mimpi juga ada kaitan dengan apa yang telah seseorang itu tempuhi dalam hidupnya...mimpi adalah bentuk illusi visual,bunyi & rasa yang paling canggih anugerah dari tuhan...kekadang mimpi membawa maksud masa depan...kisah Nabi Yusof menafsir mimpi diceritakan sepenuhnya dalam Al Quran Surah  Yusof...itulah mu'jizat baginda.


Salam Mimpi

Comments

Popular Posts