Kumpulan TigaSeni SatuAlam lahir di Pondok Prof.Ali

Tak pernah aku buat painting Akrilik atas kanvas sebesar 3 × 3 kaki...begitu juga dengan Media Campuran atas kertas A2...masa tak begitu cukup untuk aku menyiapkannya...tinggal beberapa minggu jer lagi..betul la kata Pak Yusof Ghani bahawa 15 painting adalah jumlah yang banyak..itu bagi beliau yang sudah bergelar Master...aku yang baru ni lagi la...aku baru kenal media akrilik dan kesannya atas kanvas..begitu juga campuran Charcoal,Oil Pastel,Akrilik dan Watercolor atas kertas...
Aku baru saja mengambil keputusan untuk mula semula melukis secara manual pada 2016 dengan bermain pensil serta dakwat dan akhirnya berpameran di Galeri ASWARA 2017...sekembali dari River Mersey aku lebih giat berkarya melalui medium watercolor...melakar dan terus melakar...mengecat air dan terus mengecat..
Akhirnya ada juga kengkawan yang berminat memilikinya...tiba-tiba ada kenalan artist baru yang berminat untuk join buat Pameran bersama...rupanyer beliau adalah kengkawan yang bersama berkarya di 'The Red Bricks' Jalan Ipoh...Kartunis Lempeng adalah seorang Designer Arkitek di Sime Darby Properties...jumpa pulak Paklan, seorang lagi Arkitek yang pernah berkelana di Manchester dan Prof.Ali Yusop seorang Pakar Interior Design...maka kami pun bermeetinglah untuk  menentukan hala tuju Group kami...
Maka lahirlah Kumpulan TigaSeni SatuAlam dengan manifesto  nya PANCARONA..


Adios !

Comments

Popular Posts