Maka lahirlah Kumpulan Seni MATA-KUNSI

Kumpulan Seni ini asalnya 3 orang saja Aku, arwah Ariyon@Azhar Ahmad@Tembakau dan Zahuri Harun ...sekarang sudah mempunyai 34 ahli tidak berdaftar...tidak berdaftar tu tak bermaksud kumpulan haram tapi telah diurus oleh Syarikat 54Network.
Apa itu MataKunsi?..MataKunsi terlahir dari perkataan 'WataKunsi'..perkataan yang diambil dari dialog filem Laksamana DoReMi arahan Tan Sri P.Ramlee...'Watakunsi' adalah dialog spontan oleh Arwah Ibrahim Din yang tidak memberi sebarang maksud. Huruf 'W' telah ditukar menjadi "M' untuk menyesuaikannya dengan logo kumpulan yang berbentuk 'Mata'.manakala 'Kunsi' adalah katabunyi baru yang membawa maksud 4 pancaindera..bila disatukan dengan pancaindera visual maka terlahirlah deria ke 6 yang dipanggil MataKunsi.
20 April 2019 secara RASMI nya Kumpulan Seni MataKunsi terlahir dengan pameran sulong PAMERAN SENI VISUAL MENANGKAP MAYA.
Anda boleh berkenalan dengan para artis saf pertama dengan menekan link katalog di bawah
http://pwin.pahanglibrary.gov.my/books/obzh/
WARNA JADI SAKSI

Bercerita tentang sebuah pertemuan
Kau mengalir dari hulu akalmu
Membawa sebekal derita berlaukkan peria
Menanti hadir di muara kerongkong jiwa
Langit telah bersiap sambil kunang-kunang berlagu ria
Kau telah sampai di dada akalmu
Mencedok warna bersiramkan cahaya
Malam ini adalah keramat buat kita semua
Bersiaplah untuk esok hari
Bersiaplah untuk terus bersakti
Tempat permainan itu menunggu mu
Lawan ! Lawan ! Lawan !
Kepulangan yang  tetap dinantikan
Untuk terus bercerita
Bercerita tentang sebuah kenangan
Bercerita tentang sebuah perpisahan

16 Ramadhan 1440

SEKIAN

Comments

Popular Posts