Kumpulan Puisi 'RESAH'
PASAR MINGGU ITU
Seminggu menahan gelora
Masa untuk beriang ria
Pilihlah...
Dari petang hingga ke malam
Penat mentari, bulan pun lena
Pilihlah...
Semoga kembali ber-tamu lagi
Pasar Minggu Gelora
10 Mac 2019
PASAR MINGGU ITU (Bahagian ll)
Selamat ber-tamu kembali
Pilihlah...
Raut wajah mu
bercerita resah petang hari
Pilihlah...
Kenangan itu
telah lama kutinggalkan
Pilihlah...
Akan aku hitung waktu itu
bersama larut sepi mu
Pilihlah...
sampai masa ku diam
dan kita tidak ber-tamu lagi
Pasar Minggu Gelora
12 Jamadilakhir 1440H
PASAR MINGGGU ITU (Bahagian III)
30 cucuk Wak !
Hari ini seperti mingggu-minggu itu
Berpeluh bukan kepanasan
30 cucuk Wak !
Ber-himpit-himpit menunggu masa
Sentiasa merenjis kebasahan
30 cucuk Wak !
Minggu itu tidak seperti hari ini
Terima kasih Wak
Pasar Minggu Gelora
24 Mac 2019
RINDU
Lama tak jumpa
Sesekali rindu itu datang
Menjengah dari sudut bingkai
Lama tak jumpa
Ketenangan mula bergetar
Mula membongkar resah diri
Lama tak jumpa
Bukan angin yang berpesan
Tapi hati ini yang inginkan
Lama tak jumpa
Ia pergi begitu sahaja
Untuk ku tunggu datang lagi
Barramundi Series | Playground 003
1 Syaaban 1440H
PUISI UNTUK AQEF
Dendangkan aku lagu itu
Lagu kegemaran di waktu tidurku
Rawww....Rawww....Rawww
Buaikan aku laju-laju
Untuk ku lena malam ini
Rawww...Rawww...Rawww
Aku dengar mereka ketawa
Ketawa gembira melihat diriku
Rawww...Rawww...Rawww
Kini aku mampu tersenyum
Berdendang lagu kegemaranku
Rawww...Rawww...Rawww
Kini aku mula belajar
Berdendang lagu itu
Berdendang lagu untukmu
14 Ramadhan 1440
AMI DAN POLLOCK
Meow..meow..meow
Aku lupa kehadiranmu
Lupa untuk menjamu
Meow...meow..meow
Mak Chu pulang membawa pesan
Kelak ramai akan menjagamu
Meow..meow..meow
Enam ringgit lima puluh sen
Itu harga kasih kami
Meow..meow..meow
Ku suap ke mulutmu berulang kali
Moga aku tidak lupa lagi
Maghrib 14 Ramadhan 1440
Comments
Post a Comment