LE' TOUR de TOON - Begini Kisahnya
Dikisahkan beberapa kemalangan keretapi membawa muatan rombongan Kumpulan Kembara Sarkis berlaku sejak penghujung kurun ke-19 lagi. Yang terburuk adalah pada tahun 1918, terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat! Ia meragut nyawa sebilangan bakat-bakat manusia dan haiwan. Lain pula kisah LE' TOUR de TOON ini, ia berlainan dari kisah-kisah yang terjadi sepanjang akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Gambar dibawah adalah lakaran terakhir Drebar Keretapi sebelum mengalami kemalangan.
Jangan bimbang!tiada kemalangan jiwa berlaku. Cuma beberapa haiwan berbakat dan seorang pelukis yang merupakan residensi artist Kumpulan Kembara Sarkis yang hilang. Beberapa skuad khas yang terdiri daripada penangkap dan penembak yang terlatih dikerah membuat operasi mencari yang dinamakan "Ops Tangkap Hapus".
Beberapa lakaran haiwan yang hilang tinggalan pelukis dijadikan panduan dalam "Ops Tangkap Hapus". Misinya adalah menangkap kembali haiwan-haiwan yang hilang dalam keadaan hidup atau sebaliknya. Dan sudah tentu mahu menyelamatkan nyawa pelukis residensi tersebut.
Jika haiwan-haiwan tersebut didapati merbahaya serta mengancam ketenteraman awam maka wajib dihapuskan!
Lakaran-lakaran terperinci mengenai haiwan-haiwan yang hilang akan dimuatkan pada entri akan datang. Ya! Termasuk lakaran self-potrait pelukis yang hilang itu.
Semoga Jumpa Lagi!
Comments
Post a Comment