Menunggu Gong Di-palu

Pada ketika blog ini ditulis Kumpulan Seni Matakunsi sedang menyiapkan kerja-kerja grafik utk katalog dan lain-lain. Aku pun dah berjaya memberi tajuk pada lukisan-lukisan yang lama aku fikirkan...untuk pertama kalinya aku menjadi kurator...dan dalam masa yang sama turut berpartisipasi dalam pameran...nama pameran sudah lama ada...'Menangkap Maya' atau omputih panggil 'Catching Virtual'...maksud nya pun sudah Abstrak...nnti bila dah siap kerja-kerja grafik akan aku uploadkn di sini...di blog ini..Tema-nya pula adalah gabungan Artis-artis yang berlatarbelakangkn Animasi,SeniHalus dan Kraft....sekali baca memang pening...tiada beza antara kerjaya mereka itu..mereka semua adalah orang seni...seniman kata Pak Usop.
Bezanya mereka kerana ada disiplin yang berbeza....itu blom masuk fahaman lagi...atau aku panggil 'Mazhab'...kalau bahasa omputihnya 'isme'...'Menangkap Maya' itu bukannya isme...ia hanyalah 'method' untuk sampai kepada 'isme'...setiap individu ada isme yang tersendiri...'cara fikir' atau 'cara olah berfikir'....setiap cara fikir individu akan berkembang bila melalui pengalaman samada bersifat individual atau kolektif ( berkumpulan)...maka kaedah atau method 'Menangkap Maya' ini adalah diharapkan akan berjaya mencipta ruang fikir baru untuk artis-artis yang berpartisipasi...
Apapun isme yang bakal terlahir oleh individu ia sudah semestinya memberi sumbangan kepada kumpulan serta masyarakat...aku tidaklah pula bercita-cita untuk mewujudkan satu bentuk aliran baru seni visual berkomparatif dengan aliran impressionism..surrealism...expressionism atau modern art..kontemporari kata orang sekarang...semua jatuh pada nama itu..senang kira...mudah cara...apapun...aku masih menunggu kerja-kerja grafik katalog, tagging, poster dan video untuk dipromosikan kepada khalayak..apapun jalannya...ia tetap SEHALA.

JALAN SEHALA

Comments

Popular Posts