Mencari Tajuk Yang Sesuai

Teh Tarik Session with Mystic Tune...itulah tajuk yang sesuai ketika berdiskusi santai bersama Pelukis/Pemuzik/Komposer Tune Zikri di Restoran Lila Wady Kuantan. Beliau sebenar asalnya seorang Animator...sama macam aku dulu semasa di Kharisma Pictures...oleh kerana beliau begitu taksub tentang DoReMiFaSoLaTiDo maka terer lah beliau sekarang sebagai pemuzik/komposer...hinggakan anak perempuan sulong beliau mengikut jejak beliau..tak lama lagi nak keluar Singles tu..dgn WARNER MUSIC...perghh...sangat hebat...tahniah Layla Sania !
Beliau juga pernah mengikuti pembelajaran secara formal dalam bidang seni halus di Malaysia Institute of Art...maka berpameran di galeri itu telah lama ada pada diri beliau...aku yang baru mula nak belajar jadi Kurator ni mengajak beliau untuk berpamer sekali...belajar dengan yang lebih berpengalaman..maka beliau setuju untuk menyertai Kumpulan Seni Matakunsi...nanti kemudian aku ceritakan tentang Matakunsi ini...
Dah 2 kali pameran...semuanya disaat akhir...last minute kata omputih...Brader Tune pun agak bersetuju...seorang kurator mesti memainkan peranan untuk membawa halatuju karya pelukis...sekadar 'memberi saran'...perkataan 'memberi saran' ini aku dapat dari kekasih hatiku bila aku mengeluh betapa hampir tidak wujud pengkritik seni di Kuantan..."ada tapi tak aktif atau tiada istilah 'memberi saran'...hanya bersifat komentar..tiada lagi semacam arwah Redza Piyadasa...maka untuk Pameran Menangkap Maya aku kali ini aku masih berdepan masalah 'Memberi Tajuk Yang Sesuai" untuk painting aku..fuhhh!

TIDAK ADA TAJUK YANG SESUAI

Comments

Popular Posts