Kertas Kajang dan Bukan Kerna Nama
Kali terakhir aku menulis/mengarang di kertas kajang adalah semasa menulis skrip filem 'Putih' pada tahun 1998. Itulah skrip pertama dan terakhir yang aku tulis sepanjang hidup aku...skrip filem pulak tu...menang Award pulak tu...Award Festival yang paling berprestij di Malaysia..jangan main-main...tapi bak kata Ramli Sarip 'Aku Menulis Bukan Kerna Nama'...baru semalam 12hb Feb 2019 penulis liriknya Mohd Bakri Johari menemui Kekasih Abadinya..AlFatihah.
Menulis dengan pena diatas kertas dan mencatan dengan berus diatas kanvas ada persamaan nikmat rasa nya...manakala menaip dengan keyboard iMac dan melukis dengan Wacom juga ada persamaan rasa nikmatnya...hanya yang pernah merasa akan mengetahuinya..kata orang Melayu 'Hanya Jauhari mengenal Manikam'.
Sudah hampir sebulan aku tak memblog...ketika ini aku sibuk mengarang sedikit tentang Pameran yang bakal diadakan di Galeri Perpustakaan Awam Kuantan...Pameran Lukisan pertama untuk Galeri tersebut...harap dapat menyemarakkan lagi aktiviti seni di Pahang untuk masa depan...
SEJARAH ITU MILIK ANAK MUDA
Comments
Post a Comment